Perbincangan mengenai Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) perlu memberi keadilan kepada Sarawak yang juga rakan kongsi semasa negara ini ditubuhkan, kata Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg.
Beliau berkata jumlah keanggotaan Jawatankuasa Pemandu perlu dibuat secara adil dengan meletakkan jumlah yang sama mewakili Sarawak, Sabah dan kerajaan persekutuan.
"Banyak hak-hak kita (Sarawak) telah terhakis, saya telah minta dan tulis surat kepada kerajaan persekutuan, kepada Perdana Menteri (Tun Dr Mahathir Mohamad) supaya ada keadilan dalam kita hendak menyelesaikan MA63. Kalau benarlah kita sebagai rakan, number (bilangan) mestilah adil Sarawak lima, Sabah lima dan kerajaan Persekutuan lima.
"Perbincangan mengenai MA63 juga meliputi obligasi kewangan oleh kerajaan persekutuan kepada Sarawak di bawah Perkara 112D Persekutuan Perlembagaan, Segala perbincangan mengenai MA63 ini dapat memberi kesan kepada pembangunan di Sarawak termasuk kepada masyarakat Melayu," katanya swemasa berucap merasmikan penangguhan Seminar Budaya Melayu Sarawak Ketujuh, di sini pada Rabu.
Turut hadir Timbalan Ketua Menteri, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan dan Pengurus Besar Amanah Khairat Yayasan Budaya Melayu Sarawak (AKYBMS), Datuk Dr Sanib Said.
Jawatankuasa Pemandu bagi mengembalikan hak Sabah dan Sarawak seperti termaktub dalam MA63 dianggotai oleh 16 anggota iaitu lima wakil dari Sabah, tiga dari Sarawak dan lapan daripada Semenanjung Malaysia.
Mengulas mengenai seminar tersebut, Abang Johari berkata kerajaan negeri akan mengambil maklum 70 resolusi yang diluluskan semasa seminar tersebut.
"Kita ambil perhatian dengan resolusi yang diluluskan. Penganjuran seminar ini adalah antara cara untuk kita mendapatkan maklum balas kehendak masyarakat Melayu di negeri ini," katanya.
Seminar tiga hari itu dihadiri 1,000 peserta yang diadakan sebagai platform perbahasan untuk masyarakat Melayu negeri ini menyuarakan pandangan mereka.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Oct 31 2018
Perbincangan mengenai MA63 perlu memberi keadilan kepada Sarawak yang juga rakan kongsi semasa negara ini ditubuhkan, kata Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg. - Gambar fail/BERNAMA
AWANI Ringkas: PM ingatkan, beri projek pada yang layak
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Sukan SEA 2027: KBS adakan sesi libat urus lihat impak kewangan terhadap negara
Hannah berkata sesi libat urus itu juga bertujuan melihat sama ada terdapat minat dari negeri lain untuk menjadi tuan rumah bersama Putrajaya.
reels test 4
Tidak wajar kaitkan kes pukul OKU dengan Institusi Diraja - Pemangku Sultan Johor
Baginda menggesa pihak berkuasa untuk menyiasat secara menyeluruh berhubung kejadian tersebut.
[TERKINI] Inflasi keseluruhan kekal stabil pada 1.8%
Bank Negara Malaysia laporkan inflasi keseluruhan kekal stabil pada 1.8 peratus berikutan peningkatan sedikit pada inflasi teras iaitu apda kadar 1.9 peratus berbanding 1.7 peratus pada bulan sebelumnya.
Usaha bawa pulang jemaah terkandas di Makkah: TH belum terima laporan rasmi
Mereka belum lagi membuat aduan kepada Lembaga Tabung Haji (TH) bagi meminta bantuan untuk dibawa pulang ke tanah air.
Peminat desak Taylor Swift bersuara isu Gaza
Hashtag #SwiftiesForPalestine menjadi sohor kini di platform sosial X minggu ini susulan serangan Israel di Rafah.
Aset rizab rasmi Malaysia berjumlah AS$112.79 bilion pada akhir April 2024 - BNM
BNM berkata data itu tidak termasuk unjuran aliran masuk mata wang asing daripada pendapatan faedah dan pengeluaran pinjaman projek.
Kim Jong Un ketuai latihan pelancar roket
Pemimpin Korea Utara Kim Jong Un memeriksa latihan menembak 600mm pelbagai pelancar roket bersaiz besar yang dikendalikan tentera negara itu.
Agensi berita negara KCNA pada Jumaat melaporkan, Korea Utara telah menjalankan latihan sebagai demonstrasi kesediaannya untuk melancarkan serangan awal terhadap Korea Selatan yang mereka sifatkan sebagai "rejim samseng".
Agensi berita negara KCNA pada Jumaat melaporkan, Korea Utara telah menjalankan latihan sebagai demonstrasi kesediaannya untuk melancarkan serangan awal terhadap Korea Selatan yang mereka sifatkan sebagai "rejim samseng".
Malaysia China komited kukuhkan hubungan bilateral sempena ulang tahun ke 50 hubungan diplomatik
Malaysia dan Chian komited perkukuhkan hubungan bilateral sempena ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik kedua-dua negara.
Kerajaan tekad noktahkan kemiskinan tegar di Sabah akhir Julai ini - PM
Kerajaan bertekad mahu noktahkan kemiskinan tegar di Sabah sebelum akhir Julai tahun ini.
Ekonomi Sarawak baik bukan kerana nasib tapi usaha gigih - Abang Johari
Kedudukan ekonomi Sarawak yang baik ketika ini bukan disebabkan nasib tetapi hasil kegigihan usaha gandingan pemimpin dan rakyatnya.
SMEC akan dijadikan acara tahunan - Abang Johari
Abang Johari berkata pengamal media seharusnya menyesuaikan diri dengan proses migrasi teknologi masa kini.
Teknologi AI boleh membantu dan boleh juga disalah guna - Abang Johari
Semasa teknologi kecerdasan buatan (AI) boleh membantu banyak perkara dalam kehidupan seharian, pada masa yang sama ia juga boleh disalah guna.
Sarawak akan terokai potensi luar biasa teknologi AI - Abang Johari
Kerajaan negeri akan meneruskan usaha mereka dalam melaksanakan strategi dan penyelesaian digital.
Pelaburan China di Sarawak cecah RM19.4 bilion, cipta lebih 10,000 peluang pekerjaan - Abang Johari
China labur lebih RM19.4 bilion terutamanya dalam projek solar, keluli dan pembuatan berasaskan kayu di Sarawak.
Kestabilan politik bawa pembangunan dan kemajuan di Sarawak - TPM Ahmad Zahid
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata kestabilan politik telah membawa banyak pembangunan dan kemajuan di Sarawak.
Sarawak yakin pendapatan negeri terus meningkat - Abang Johari
Sarawak yakin kadar pendapatan negeri itu dapat terus ditingkatkan dalam tempoh dua hingga tiga tahun ini berikutan pertumbuhan ekonomi negeri yang dilihat cukup memberangsangkan.
Sarawak rancang bangunkan lapangan terbang antarabangsa baharu di Kuching
Sarawak merancang untuk membangunkan lapangan terbang antarabangsa baharu di Kuching, kata Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg.
Duta AS lihat potensi kerjasama dengan Sarawak dalam pembangunan tenaga bersih
Kagan berkata kerjasama baharu boleh diteroka memandangkan Sarawak telah bergerak ke hadapan terutama dalam pembangunan hidrogen sebagai tenaga bersih.